LIMA Pemilik Kereta Terbanyak Di Dunia. No. 1 Tu Orang Asia dan Memiliki 7,000 Kereta!

Anda rasa anda dah memiliki kereta yang banyak? Dah penuh kereta kat garaj sendiri, sampai terpaksa parking kat depan rumah jiran? Anda rasa dah penuh gambar kereta yang anda tayang kat social media?

Oppss.. Sabar. Sebab senarai kat bawah ni mungkin boleh menjadi idola anda untuk kumpul kereta dengan lebih banyak lagi. Jom baca!

5. Mukesh Dhirubhai Ambani

Source: CarBlogIndia

Lelaki ini ialah manusia terkaya di India. Kalau dah majlis perkahwinan anak perempuannya tahun 2018 pun dah tersenarai antara majlis termahal di dunia, siap jemput Beyonce nyanyi, jadi rasanya setakat beli kereta ni no hal la. Celah kuku aje katanya. Jumlah kereta yang dimiliki mungkin mencecah lebih dari 168 buah! Antara jenama kegemaran beliau ialah Bentley, Maybach, Bugatti, Porsche dan Mercedes.

4. Ken Lingenfelter

Source: collectiblewheels.com

Beliau berasal dari USA dan merupakan pemilik Lingenfelter Performance Engineering. Setakat ni, beliau sudah memiliki 20 buah Lamborghini Reventon dan lebih 150 buah kereta, termasuk jenis Mustangs, Bugatti, Porsche dan Corvettes, sehingga memaksa beliau untuk membina sebuah garaj seluas 40,000 kaki persegi di Michigan. Wow!

 

3. Jay Leno

Source: via Business Insider

Siapa cakap kerjaya sebagai pelawak tu tak boleh kaya? Tengok aje si Jay Leno ni. Beliau merupakan pelawak, pelakon, penulis, penerbit dan juga hos TV terkenal dalam rancangan Tonight Show. Beliau memiliki lebih 200 kereta dan sangat gemar kepada kereta jenis klasik. Kereta tertua yang dimiliki ialah 1909 Baker Electric, yang kini sudah mencecah usia 110 tahun! Hebat stand-up comedian ni!

2. Sheikh Hamad Bin Hamdan Al Nahyan

Source: steemit.com

Senarai di atas mungkin memiliki kereta yang kita pernah dengar. Tapi hobi Sheikh Hamad Bin Hamdan al Nahyan, seorang billionaire dari Abu Dhabi ni, lain pulak cerita dia. Sebab beliau suka kumpul kereta yang orang lain takde. Senang cerita custom-made khusus untuk dia je. Tengok je kereta dalam gambar di atas. Namanya Giant Dodge Power Wagon, iaitu truck terbesar di dunia yang memiliki empat bilik tidur! Orang biasa simpan kereta di garaj kan? Beliau pulak simpan kereta dalam pyramid khas. Pergghh..

1. Sultan Hassanal Bolkiah

Source: hotcars.com

Jeng..jeng..jeng.. Orang Malaysia takkan tak kenal kot? Ni Sultan Brunei, iaitu manusia yang memiliki kereta paling banyak di dunia! Jumlah kereta Baginda sekarang sudah mencecah sehingga 7,000 buah! Kalau dah toilet Baginda pun disalut emas, setakat memiliki lebih 209 BMW apa ada hal. Kan? Tu belum lagi termasuk 574 buah Mercedes Benz, 452 Ferraris, 179 Jaguars, 382 Bentley dan beribu lagi jenis yang lain. Bayangkan, kalau Baginda nak tukar kereta setiap hari, Baginda perlu menghabiskan selama 19 tahun untuk drive semua 7,000 kereta yang dimiliki.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *