Lelaki Jatuh Cinta dan Berkahwin Dengan Kereta; Senarai Mechanophilia yang Bercinta dengan Kenderaan

Masyarakat kita hangat memberikan pendapat tentang jodoh dan alam perkahwinan. Ada yang berdebat, antara membeli rumah, kereta atau kahwin, yang mana patut diutamakan dahulu? Tapi bagi insan yang memiliki ‘sejenis sifat’ pelik yang dinamakan Mechanophilia, cinta mereka bukan pada manusia, tetapi pada kenderaan seperti kereta, motorsikal, keretapi dan lain-lain. Malah, ada lelaki omputih yang mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan 1,000 kereta! WOW!

1. Edward Smith – Lelaki Memilih VW Beetle Sebagai Pasangan Hidup.

Source: telegraph.co.uk

Kisah lelaki ini pernah menggemparkan dunia apabila mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta dengan 1,000 kereta, sebelum memilih untuk ‘berkahwin’ dengan VW Beetle putih bernama Vanilla. Mengikut telegraph.co.uk, Edward mula jatuh cinta pada kereta pada usia 15 tahun. Ala-ala cinta monyet, tapi kepada kereta!

2. Nathaniel Bercinta Dengan 1998 Chevy Monte Carlo

Source: americaloveshorsepower.com

Antara kisah paling viral dalam rancangan TLC – My Strangest Addiction adalah berkenaan seorang lelaki yang mempunyai hubungan cinta bersama sebuah kereta merah yang diberi nama Chase. Mengikut Nathaniel, ianya adalah cinta pandang pertama. Malah hubungan mereka telah bertahan selama lebih 5 tahun! Kata beliau lagi, hubungan cintanya itu telah mendapat restu daripada bapa Nathaniel sendiri. Yeay! Pakcik dapat menantu sebuah kereta! Yabedabedu..

3. Linda Ducharme – Berkahwin Dengan Ferris Wheel

Source: metro.co.uk

Pada tahun 2013, metro.co.uk pernah melaporkan seorang wanita berasal dari Florida, USA telah berkahwin dengan Ferris Wheel yang diberi nama Bruce. Ni pun kisah cinta pandang pertama. Semuanya bermula dari tahun 1982 dan wanita ini juga telah menghabiskan wang sebanyak lebih 100 ribu USD semata-mata untuk membaiki ‘suaminya’ yang rosak. Kalau anda nak tahu, sebelum ni Linda pernah mempunyai hubungan bersama sebuah pesawat dan locomotive (kepala kereta api da!).

4. Joachim A – Jatuh Hati Dengan Steam Locomotive

Source: fineartamerica.com

Lelaki berusia 40an yang juga seorang makanik ini mengakui sedang bercinta dengan sebuah steam locomotive. Dia mula menyedari perasaan pelik sejak berusia 12 tahun dan menurutnya lagi, hubungan mereka adalah sangat intim, seperti pasangan suami isteri. Tau la abang ni suka repair barang, tapi sampai nak bercinta dengan keretapi ni dah macam tak tercapai akal.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *