Kolaborasi Antara Rangkaian Minyak Pelincir Kedua Terbesar Dunia Bersama X-1R Di Pusat Perkhidmatan Di Seluruh UAE


Petromin Express ialah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan oleh syarikat induk, Petromin, syarikat minyak pelincir dan perkhidmatan automotif terkemuka di Arab Saudi bertujuan untuk memenuhi permintaan kepada perkhidmatan automotif yang cekap dan tulen di negara tersebut. Syarikat ini telah berjaya dikenali sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan automotif kepada lebih 700 cawangan di seluruh negara . Visi syarikat ini adalah untuk menjadi pilihan pertama bagi perkhidmatan automotif di mana sahaja mereka beroperasi. Maka, secara tidak langsung, ia menjadikan syarikat ini sebagai syarikat rangkaian minyak pelincir terbesar di luar Amerika Syarikat (USA).

Pusat Petromin Express dikendalikan oleh para mekanik pakar, dimana 90% daripada mereka merupakan warganegara Filipina yang mampu melakukan servis perkhidmatan rutin kenderaan dalam masa 30 minit sahaja.

Syarikat kereta terkenal juga menggunakan X-1R.

Antaranya, Hyundai, Chevrolet dan Nissan.

 

Apa yang membezakan Petromin Express berbanding pesaingnya ialah: reka bentuk lantai perkhidmatan yang mudah dan teliti untuk kerja-kerja penyelenggaraan; set peralatan yang serba cukup dan lengkap untuk pelbagai jenama kenderaan bersama mekanik terlatih yang boleh menyediakan perkhidmatan secara profesional; pakej produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan, termasuk produk X-1R yang ditawarkan kepada pelanggan; bersama harga yang berpatutan untuk memastikan setiap pelanggan berpuas hati.

Apa yang membuatkan Petromin Express mampu mencapai tahap ini adalah dengan menggunakan model perniagaan berdasarkan penggunaan ruang dan peralatan sesuai, termasuk kadar ‘back-job’ paling rendah, kos rendah dan pusat-pusat perkhidmatan dengan lokasi strategik dan servis mesra pelanggan selain mampu mengurangkan kos buruh tambahan.

Maka, tidak hairanlah jika Petromin Express telah bekerjasama dengan penaja kami, iaitu X-1R, dan telah menjadi stokis rasmi untuk pelbagai rangkaian produk minyak pelincir yang berprestasi tinggi dan berkualiti untuk para pelanggannya. Selain itu, produk X-1R juga digunakan oleh beberapa jenama terbaik di dunia, khususnya oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA).

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *