Kisah Seram Jalan Raya dan Lebuhraya Malaysia. Yang Mana Nak Drive Malam Tak Digalakkan Untuk Baca

WARNING: Semua kisah yang terjadi daripada kisah benar. Bukan niat untuk menakutkan anda. Cuma sekadar peringatan untuk berhati-hati.

1. Lebuhraya Karak

Source: bharian.com.my

Siapa yang tak tahu pasal cerita Volkwagen Kuning di highway Karak? Tu cerita ‘lagend’. Tapi ramai kurang pasti sejak bila kereta ni muncul? Kalau nak diikutkan, sejak tahun 1956. Kononnya kisah bermula daripada kes isteri bunuh suami dan rampas kereta Volkwagen kuning tu. Tapi apa yang pasti, sudah ramai pemandu di Malaysia yg ‘terserempak’ dengan kereta ni. Ada yang kata tiada pemandu, dan paling kerap kereta ni suka ‘tailgating’ kereta depan sehingga menyebabkan accident. Jadi kalau ternampak tu, jangan diajak race pulak yea.

2. Lebuhraya Kuala Lipis – Gua Musang

Source: mynewshub.tv

Bagi pemandu yang nak balik ke Kelantan melalui jalan Gua Musang, mereka perlu merentasi jalan Bukit Tujuh sebelum Central Spine Road (CSR) dibuka secara rasminya. Kat area bukit ni pelbagai kisah seram sejuk yang terjadi. Paling kerap pemandu terbabas seorang diri. Lagi scary, kereta buat hal di area ni. Pernah ada pemandu teksi menceritakan semasa mendaki Bukit Tujuh, kereta usang dia jadi sangat perlahan. Lagi teruk, kiri kanan keretanya diiringi jembalang busuk! Siap ‘benda’ tu tanya dia, “Kau nampak aku tak?” Bayangkan kalau terjadi kat kita? Tekan minyak sampai habis, tapi kereta tetap slow. Kalau nak keluar dan lari, ada jembalang pulak jadi bodyguard. Korang rasa?

 

3. Lebuhraya Gerik Jeli

Source: astroawani.com

Lebuhraya ni memang cantik kalau dilihat di siang hari. Tapi kalau waktu malam? Seram dan bahaya. Bukan setakat ada gajah baring kat tengah jalan, ‘benda’ dalam bungkusan putih pun suka kejar dari belakang. Bukan melompat, tapi bergolek! Lagi laju korang cuba speed, lagi kuat dia kejar. Bayangkan siap boleh dengar bunyi ‘gggggrrrrrrrrr’ kat belakang telinga! Kena pulak kat belakang ada si bungkus, kat depan ada gajah liar. Mana nak lari beb!

4. Jalan Masjid Tanah

Source: utusan.com.my

Beberapa tahun lepas, pernah trending pasal kisah seram di sebuah universiti di Lendu, Melaka. Jadi, kisah di Jalan Lendu – Masjid Tanah – Sg Udang ni memang tidak asing bagi penuntut di situ. Pernah seorang bekas pelajar ceritakan kisah dia bersama rakan-rakan telah melihat makhluk putih berambut panjang terbang merentasi kereta mereka. Lagi malang, makhluk itu telah telah ‘ikut’ mereka sehingga ke dalam kolej. Semua gara-gara mulut celupar yang suka ‘menegur’. Lain kali kalau tengah driving malam, mulut tu jaga sikit. Ambik insurans yea dik. Lagi satu, kalau ternampak tu, sila JANGAN pandang belakang.

5. Jalan Pagoh

Source: sunahsukasakura.com

Biasanya, kalau nak ke JB, jarang orang pakai exit Pagoh especially waktu malam. Sebab jalan tu memang tiada penempatan. Cuma ada ladang kelapa sawit. Lagi satu, sebab jalan tu memang agak terkenal sebagai kawasan ‘keras’. Pernah terjadi 2 orang lelaki ni tersalah exit ke Jalan Pagoh. Jalan pulak sunyi. Nasib baik berdua. Tiba-tiba, ada satu selekoh berbukit dan jambatan. Dan apa yang dilihat oleh 2 orang lelaki ni? Terdapat satu kelibat seperti seorang lelaki sedang memancing di tengah jalan bersama ‘seorang wanita’ berambut panjang mengurai seperti iklan Pantene dan berbaju puteh (asal seram je rambut panjang dan baju puteh). Kalau korang kena buat apa? Yang pasti jangan buka tingkap dan tanya ‘’Banyak ke dapat ikan bang?’’ Yang tu memang mengundang la.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *