Keretaku, Rumahku. Dulu Pernah Tinggal Dalam Kereta, Kini Jadi Jutawan Ternama. No. 5 Tu Pengarah Filem Avatar

Kalau di Malaysia, orang yang mempunyai kereta biasanya adalah orang yang mampu. Tidak kira kereta besar, kecik, murah atau mewah. Tapi lain pula kes dengan beberapa jutawan ternama dunia ni. Mereka dulunya pernah hidup merempat, dan pernah tinggal dalam kereta selama beberapa tahun dek kesempitan hidup. Jadi, jangan malu kalau anda drive Kancil. Mana tau, satu hari nanti sebab kecekalan yang anda ada, kereta Kancil boleh tukar jadi Ferrari. So, let’s be inspired kata omputih!

JIM CARREY

Siapa tak kenal Jim Carrey? Pelakon komedi serba boleh yang pernah berlakon dalam filem The Mask, Dumb & Dumber, Ace Ventura dan banyak lagi filem komedi Hollywood. Semasa dia berumur 12 tahun, ayahnya kehilangan kerja dan keluarganya terpaksa tinggal dalam van Volkswagen. Kesusahan hidup memaksanya untuk berhenti sekolah dan bekerja daripada usia muda untuk membantu keluarga. Siapa sangka, kalau dulu hidup susah, kini net worth Jim Carrey ialah 150 juta USD!

COLONEL SANDERS


Sekarang, budak kecik umur 3 tahun pun kenal logo KFC ni. Siapa dia? Inilah Colonel Sanders, pengasas KFC. Antara manusia yang tak kenal erti mengalah. Kerana kesempitan hidup, dia terpaksa tidur dalam kereta sambil mencuba nasib untuk menjual ayam goreng resipinya. Walaupun banyak kali fail dalam business, dia tetap tekad sehingga dia berjaya pada usia 60 tahun! Kini, terdapat lebih 20,000 outlet KFC di seluruh dunia. Hebat kan?

 

STEVE HARVEY

Nama dia ni pernah viral di seluruh dunia pada tahun 2015, sebab tersalah umum nama Miss Universe yang sepatutnya milik Miss Philippines. Sebelum dia berjaya, dia pernah bercerai dengan isteri pertamanya dan jatuh miskin sehingga terpaksa tinggal dalam kereta 1976 Ford dan menjadi homeless selama 3 tahun. Kalau dulu dipandang hina (background music Di Matamu Sufian Suhaimi), sekarang dia pemenang Daytime Emmy Award sebanyak 5 kali. Net worth? 160 juta USD!

KELLY CLARKSON


Sebelum menang pertandingan American Idol musim pertama, Kelly Clarkson pernah tinggal di sebuah apartment di Los Angeles sebelum bangunan itu hangus terbakar dan memaksanya tinggal di dalam kereta. Pernah hidup susah dan melakukan pelbagai pekerjaan demi mengutip wang untuk demo recording, kini net worth penyanyi bersuara lantang ni ialah 28 juta USD. Patut la meremang bulu roma dengar dia nyanyi lagu ‘Because of You’. Feeling habis la kak oii.

JAMES CAMERON

Siapa sangka, pengarah filem ni pernah homeless. Kini, dia merupakan antara pengarah terhebat sepanjang zaman (2 filem arahannya, Titanic dan Avatar, merupakan top 2 filem dengan kutipan tertinggi di dunia dengan total kutipan hampir 5 Billion USD!). Masa susah, dia terpaksa tinggal di dalam keretanya sambil menulis skrip untuk filem Terminator (1984). Dia juga terpaksa menjual hak Terminator 1 untuk harga 1 dolar USD dengan syarat hanya dia yang akan menjadi pengarah untuk filem tersebut. Net worth sekarang? Lebih 700 milion USD. WOW!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *