Kereta Terbang Malaysia Cetus Kontroversi?

Zaman dulu masa filem Back to The Future (1985 dan 1989) keluar, semua melopong tengok kereta terbang dalam filem tu. Kira canggih habis la kan bila kita imagine yang manusia zaman akan datang akan naik kereta terbang. Tapi sekarang, bila scientist mula cipta kereta terbang, ramai pulak yang kata tu semua mustahil. Tapi tahukah anda, sebelum terciptanya kapal terbang pertama dunia oleh Wright Brothers pada tahun 1903 dulu, mereka juga sering diejek dan dipanggil gila?

Macam sekarang, viral di socmed apabila ramai netizen troll ‘prototaip’ kereta terbang pertama Malaysia yang digelar Vector sampai jadi bahan lawak di Dewan Rakyat. Agak-agak kenapa kontroversi sangat kereta terbang Malaysia ni?

Source: astroawani.com

1. Prototaip Atau Mock-Up Model?

Bagi yang confuse sampai garu kepala, baca betul-betul. Prototaip tu benda yang orang kata hampir 70% siap. Dari segi saiz, fungsi semua dah ready cuma ada beberapa benda lagi nak kena baiki. Macam Mock-Up Model ni pulak, sesuatu contoh dari skala kecik sekadar untuk pameran. Yang jadi kontroversi tu sebab ramai komen kata tu bukan prototaip, tapi sekadar mock-up model. Tapi sabar, ada yang lagi kontroversi selain ‘tersalah’ guna perkataan ‘prototaip’ ni.

 

2. Model Contoh. Macam Kipas Angin.

Source: iprice.co.id

Okay, ada yang troll kata design teruk. Dah macam 4 kipas angin kaler hijau yang di sambungkan. Sama tak dengan kipas kat atas? Macam lebih kurang kan. Lepas ni jangan pulak korang beli 4 kipas jenis ni dan sambung ke kereta masing-masing dengan harapan raya nanti boleh la bawak balik kereta terbang tunjuk kat Tok Ki. Zaaam..zaaaammm…alakazammm…

3. Kos & Penggunaan

Source: tenor.com

Kos yang dianggarkan untuk sebuah kereta terbang dianggarkan berjumlah RM 1 juta. Banyak tu! Berbaloi ke? Mungkin berbaloi, mungkin tidak. Sebab mengikut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, kereta terbang ini berkemungkinan untuk membawa penumpang, tujuan pengawasan, penghantaran kargo dan bukan untuk kegunaan peribadi. Memang betul kereta ni boleh elak kesesakan jalan raya. Tapi masalah sekarang, kelajuannya cuma 60km/j dan beban kurang dari 200kg. Macam 4 orang naik kereta Kancil, dengan kelajuan 60km/j. Berbaloi ke untuk penghantaran kargo dengan berat kurang 200kg? Hmm…

Source: gifer.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *