Kereta Anda Bau Hapak, Ada Lipas? Petua Last Tu Nenek Moden Pakai

Pernah naik kereta member. Bau hapak yang amat. Tanya dia, tak pakai car perfume ke? Dia kata tak boleh, tu semua bahaya untuk kesihatan. Tapi masalahnya kalau sampai orang yang dalam kereta tu pun nak mati sesak nafas dengan bau hapak kereta tu, apa salahnya kalau kita guna petua ni kan? Yang penting selamat, jimat & berkesan! Jom cuba.

1. Masalah Bau Hapak Dalam Kereta

Kereta dah cantik, tapi sayangnya ada bau hapak. Bau stoking, karpet basah, bau ikan? Dah habis berbotol air freshener yang korang guna tapi still bau hapak tu ada? Korang boleh guna tips ni.

✓ Daun Pandan

source: MANAberita.com

Boleh koyak sedikit daun pandan dan letak dalam kereta. Selepas 2 – 3 hari boleh tukar dengan daun baru. Jangan daun lama tu pergi rebus buat sirap pandan pulak.

✓ Arang


source: suara.tv

Yang ni make sure kena berlapik. Kalau tak anak kecik korang buat macam crayon pulak. Arang ni bukan setakat serap bau hapak dan kelembapan, tapi boleh hilangkan bau durian.

Roti


source: rasa.my

Ohhh… Gardenia… sungguh enak dimakan begitu saja. Letak je roti tu kat atas dashboard, atas karpet dan kusyen untuk serap bau. Tapi pastikan guna roti kosong. Jangan nak memandai guna roti inti kaya, kelapa bagai.

 

2. Masalah Lipas Dalam Kereta

Tahukah anda, lipas antara makhluk paling susah mati? Mengikut kajian, lipas boleh menahan nafas selama 40 minit dan lagi hebat, boleh hidup selama tujuh hari tanpa kepala! Bayangkan tengah syok driving, sekali keluar lipas terbang tanpa kepala dari celah aircond. Scary beb!

✓ Serai


source: segifresh2u.com

Disebabkan ilmu si kebal lipas ni, maka ramai mengadu kata dah cuba pelbagai cara nak halau lipas dalam kereta, tapi makhluk ni masih buat cameo dalam kereta kita. Jadi letak aje hirisan serai dalam kereta. Jangan guna bekasan serai dalam masakan tomyum korang pulak.

✓ Lemon


source: producemarketguide.com

Hiris lemon nipis-nipas dan letakkan sedikit di atas dashboard dan di bawah seat kereta. Bukan setakat boleh halau lipas, tapi boleh ganti air freshener yang banyak chemical merbahaya tu.

✓ Listerine


source: eshop.tesco.com.my

Siapa sangka, penyegar mulut dan nafas ni pun boleh menghalau lipas. Paling bagus pilih bau lemon atau pudina. Tapi jangan pulak korang kumur mulut dulu then sembur kat dalam kereta. Yang tu bukan setakat lipas, manusia pun boleh mati tau.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *