Kenali Tabiat Biasa Rakyat Malaysia Yang Boleh Membawa Maut Kepada Anak Tersayang

Apalah gunanya memiliki kereta dengan ciri keselamatan seperti kawalan kestabilan (VSC), beg udara (airbag) dan penerima penarafan keselamatan lima bintang dari ASEAN NCAP sekiranya sebagai ibu bapa, anda sering mengamalkan tabiat memandu seperti berikut:

1. Tabiat Suka Meninggalkan Anak Sendirian Di Dalam Kereta.

Biasa kita tengok mak ayah suka tinggalkan anak dalam kereta sendirian bila nak buka pagar rumah, nak isi minyak, di ATM atau semasa nak beli makanan. Pernahkah anda terfikir sekiranya anak anda tertukar gear?

2. ‘Toolbox’ Memang Berguna Tapi…

Mengikut kajian oleh National Kids Campaign di Amerika Syarikat, “Jika anda memandu dengan kelajuan 35 batu sejam dan mendapat kemalangan, segala-galnya yang berada di dalam kenderaan anda masih bergerak dengan kelajuan yang sama dan hanya berhenti apabila ia terkena objek lain, samada anda atau anak anda. Bayangkan jika ‘toolbox’ yang menghentam anda pada kelajuan 100 km/j?

3. Tabiat Tidak Menggunakan ‘Baby Carseat’ Atau ‘Booster Seat’.

Apalah gunanya ‘carseat’ atau ‘booster seat’ sekiranya anda tidak menggunakannya? Sebab terlalu banyak kes kemalangan melibatkan carseat dan booster seat, kes seumpama ini digelar sebagai ‘seat-belt syndrome’. Ingatlah, anak anda terlalu kecil dan hanya memakaikan seatbelt tidak menjamin keselamatannya.

 

4. Tabiat Sambil Lewa – Ketahui Lokasi Anak Anda Sebelum Mengalihkan Kenderaan.

Baru-baru ni dikejutkan berita anak kecil(yang baru reti berjalan) meninggal akibat dilanggar tanpa sengaja oleh ibu pengasuhnya. Biasanya kes ini terjadi apabila kita bersikap acuh tak acuh untuk memastikan lokasi anak kecil atau tabiat ‘berharap’ orang lain akan jaga. Bagaimana sekiranya anda kehilangan orang tersayang akibat kecuaian diri sendiri? Menyesal seumur hidup.

5. Memandu Dalam Kepenatan & Mengantuk.

Mengikut kajian National Sleep Foundation di Amerika Syarikat, purata waktu tidur seorang ibu adalah yang paling sedikit! Tapi bayangkan aktiviti seharian yang mereka harus buat? Mereka adalah orang yang paling awal bangun dan paling lambat tidur. Bayangkan jika mereka memandu kereta dan membawa bersama anak-anak dalam keadaan mengantuk & keletihan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *