Homemade Supercars. Benda Boleh Buat Sendiri, Buat Apa Beli?

Tanya la mana-mana peminat kereta, mesti pernah mengidamkan supercar kan? Tapi masalahnya, dah nama pun supercar, harga pun memang super jugak la. Super mahal daripada harga kereta sehinggga harga spare parts. Bagi sesetengah orang yang kreatif, benda boleh bina sendiri, buat apa beli kan?

1. LAMBORGHINI RM 24,600


Wang Jian, seorang lelaki yang berasal dari daerah Jiangsu, China, merupakan seorang peminat fanatik kereta Lamborghini. Disebabkan harga kereta ni boleh mencecah lebih 2 juta dolar, maka lelaki ni memilih untuk buat sendiri kereta idamannya daripada bahan-bahan terbuang. Kos untuk bina kereta ni cuma RM24,600. Dari jauh memang la macam nak seakan-akan. Tapi kalau dari dekat, tingkap pun takde bang!

2. BATMOBILE DENGAN 8 TAYAR


Manusia yang bina kereta ni mesti fikir, kalau supercar yang ada 4 tayar tu laju, mesti kalau ada 8 tayar lagi laju kot. Kereta ni mempunyai 36 butang pada ceiling yang mempunyai fungsi berbeza dan driver perlu masuk jauh ke dalam untuk kaki sampai ke pedal minyak. Kalau jenis kaki katik memang tak boleh la ni. Kereta ni kali terakhir dilihat pada tahun 2010, tu pun dilelong dalam e-Bay. Mungkin sekarang Batman yang pakai untuk membanteras jenayah agaknya.

 

3. FERRARI SUPERCAR ATAU MOTORCAR?


Seorang technician hospital di Perancis bernama Francois Knorreck telah membina sebuah kenderaan 2 dalam 1. Dari kiri macam Ferrari kecik, dari kanan macam motorsikal. Kenderaan yang mempunyai 2 fungsi ini telah mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan di dalam garaj peribadinya. Agak kreatif kan? Kalau nak pusing kampung naik motor. Kalau hujan drive kereta. Baru la tak gaduh laki bini.

4. SUPERCAR 24 MPH


Seorang pekerja kilang kaca dari China telah berjaya membina electric supercar dengan menelan kos sebanyak RM20,500. Bagi Chen Yanxi, walaupun kereta ini hanya mampu mencapai tahap kelajuan 24 mph, namun beliau amat berpuas hati dengan hasil ciptaannya sendiri. Jangan tertipu yea: dari luar memang cantik, persis supercar, tapi kelajuan paling tinggi 38 km/j je.

5. MCLAREN F1 RM 106,600


Peminat Top Gear dari Poland, Jacek Mazur, telah mengambil masa selama 8 tahun untuk membina sebuah kereta persis McLaren F1, dengan harga hampir 200 kali ganda lebih murah. Bukan setakat luaran je nampak sama, kereta ni pun mampu mencapai tahap kelajuan sehingga 200 mph (321 km/j). Selain itu, lelaki ini juga memiliki lagi 4 homemade supercar termasuk 3 buah Lamborghini Countach dan sebuah Pontiac Fiero. Bukan main-main dia punya minat ni.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *