Geely Bersedia untuk Melabur RM7 Billion Dalam Lotus

Sumber imej: lotuscars.com

Jenama ikonik yang dipaparkan dalam filem James Bond—seperti “The Spy Who Loved Me” pada tahun 1977 dan Lotus Espirit S1 dan Lotus Espirit Turbo yang muncul di “For Your Eyes Only” pada tahun 1981—telah mendapat pelaburan sebanyak RM7 billion daripada pemilik syarikat itu, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd.

Kumpulan ini yang juga memiliki kereta Volvo, PoleStar dan juga Proton dari Malaysia bertujuan untuk menghidupkan semula jenama kereta itu selepas jualan yang perlahan yang membelenggu dan semakin parah.

Pelaburan yang besar ini sejajar dengan perancangan besar ‘billionaire’ Li Shufu untuk membawa Geely ke barisan hadapan dan bersaing dengan syarikat-syarikat kereta seperti Volkswagen dan Toyota.

Fasa pertama dalam perancangan ini adalah pengembangan kilang Lotus di Hethel, UK dengan penyertaan 200 jurutera. Selepas itu, ia merancang untuk menubuhkan kilang kedua di UK serta pusat rekabentuk dan inovasi baru yang dijangka akan berada di Coventry.

Matlamatnya adalah untuk membina nama Lotus sebagai jenama nama mewah yang serupa dengan Porsche dan Ferrari.

Dengan tabung perbelanjaan yang amat besar ini, Lotus mempunyai peluang untuk kembali semula seperti mereka ketika awal abad 50-an—iaitu perintis dan mentakrifkan semula istilah “teknologi”.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *