Era Baru Penerokaan Angkasa Lepas…bersama X-1R

X-1R bangga menjadi sebahagian daripada program ini.  

Fajar era baru penerokaan angkasa berlaku seperti yang dijangkakan, walaupun sedikit lewat, dengan pelancaran Orion baru dalam tahun 2014. Pelancaran yang pada asalnya dijadualkan pada hari sebelumnya ditangguhkan selepas angin kencang dan cuaca buruk, ditambah pula dengan beberapa isu-isu teknikal kecil yang menyebabkan kebimbangan keselamatan.

“Kami akan memastikan yang kami mempunyai roket yang tidak bermasalah dan sebaik sahaja ianya selesai, kami akan kembali ke pelantar roket untuk menghantar Orion bagi penerbangan ujian yang dijangkakan sangat berjaya,” kata Dan Collins daripada syarikat beroperasi Delta, United Launch Alliance.

Kapsul Orion terletak di atas sebuah Delta IV – Rocket Berat, yang pada masa kini masih merupakan roket terbesar pernah dibina. Kapsul ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapsul Apollo yang pernah digunakan dalam program penerokaan bulan yang asal, tetapi direka untuk menjadi sebahagian daripada program untuk menghantar angkasawan ke planet lebih jauh daripada dicapai sebelum ini, termasuklah Marikh.

Roket Delta diangkut ke tapak pelancaran.

Delta menghantar Orion sebanyak dua kali mengelilingi bumi dengan hampir ketinggian 6,000 kilometer, kemudian ia jatuh menjunam kembali ke bumi pada kelajuan 32,000 kilometer sejam, kelajuan yang sama seperti kapsul yang pulang dari Bulan. Ujian ini telah memberikan jurutera maklumat penting bagi prestasi perisai-perisai haba yang tertakluk kepada suhu kira-kira 2200 °C dan juga maklumat mengenai prestasi sistem payung terjun apabila ia perlahan-lahan menurunkan kapsul ke perairan Baja Semenanjung Mexico.

Jika video tidak dapat dimuatturunkan, sila klik di sini.

Di samping kapsul Orion, Lockheed Martin kini sedang mereka bentuk roket baru yang berkuasa hebat, yang dijangka akan siap untuk diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2017 atau 2018; bersama-sama, ianya akan membentuk teras era baru dalam penerokaan angkasa yang direka untuk menghantar manusia lebih jauh di angkasa seperti yang tidak pernah di capai setakat ini.


X-1R Corporation telah menjadi sebahagian daripada pasukan Lockheed Martin dan Kennedy Space Center sejak tahun 1996 apabila rangkaian produknya telah direka untuk digunakan dalam “Space Vehicle” Peyarap, iaitu kenderaan berat yang digunakan untuk mengangkut kapal angkasa dari kawasan perhimpunan ke kawasan pelancaran. Sebagai pengiktirafan ke atas usaha-usaha mereka, X-1R Corporation telah diiktirafkan dalam Space Technology Hall of Fame dan NASA masih merupakan salah satu daripada pelanggan mereka lebih daripada 20 tahun kemudian.

Space Vehicle Perayap sedang mengangkut kapal angkasa Discovery ke pelancaran pelantar.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.