Enjin Triumph dalam Kejuaraan Moto2 Memulakan Era Baru

Pasukan-pasukan Moto2 telah selesai menguji motosikal 2019 mereka di litar Jerez baru-baru ini. Motosikal mereka itu dilengkapi dengan enjin Triumph 765cc tiga silinder yang baharu. Triumph telah menggantikan Honda sebagai pembekal enjin yang tunggal kepada kejuaraan Moto2 mulai tahun depan.

Sebenarnya, formula Moto2 telah diterakan oleh Dorna untuk mencungkil bakat baharu dari segi kecekapan penunggang, dan bukan dari segi teknologi motosikal. Oleh yang demikian, setiap pasukan diwajibkan memakai enjin yang dibekalkan, walaupun mereka bertarung di atas sepanduk pengeluar motosikal yang lain seperti KTM, MV Agusta, Kalex, Speed Up, NTS.

Selain daripada itu, Dorna mahukan enjin perlumbaan yang asalnya daripada enjin motosikal jalanan. Faktor ini dapat menjimatkan kos kepada pembuat motosikal dan pembekal enjin, berbanding dengan membangunkan dan menghasilkan enjin-enjin yang khusus untuk perlumbaan.

Oleh yang demikian, enjin di dalam kejuaraan Moto2 dari tahun 2009 ke 2017 dibekalkan oleh Honda. Enjin tersebut diubahsuai daripada enjin CBR600RR.

Triumph mengambil alih teraju sebagai pembekal enjin rasmi mulai tahun 2019. Enjin Moto2 Triumph berdasarkan enjin 765cc tiga silinder yang terdapat di dalam model Street Triple RS. Enjin tersebut menghasilkan sebanyak 121 bhp pada 11,700 RPM dan 77 Nm tork pada 10,800 RPM.

Tetapi, apakah yang telah diubahsuai dan berapakah kuasa kuda enjin Moto2 Triumph?

Ujian dan Pembangunan Enjin

Triumph telah menjalankan program ujian pelbagai fasa untuk memaksimumkan prestasi enjin, daya tahan dan kemampuan memandu. Program ini termasuk:

• Program pembangunan 2-tahun berasaskan dynamometer (dyno) di kilang dan ujian di litar-litar perlumbaan yang berlainan.
• Menyempurnakan lebih daripada 2,500 lap pada kadar tahap perlumbaan.
• Penyelidikan dan penggunaan salutan enjin berprestasi tinggi.
• Penyelidikan dan penggunaan komponen dalaman enjin.

Antara modifikasi kepada enjin adalah:
• Kepala silinder yang diubah suai.
• Liang kemasukan bahanapi serta liang ekzos yang disemak untuk aliran gas yang optimum.
• Nisbah mampatan yang lebih tinggi (kesemua piston adalah standard).
• Injap titanium dan spring injap yang lebih keras.
• Pemasaan sesondol (cam) untuk mendapatkan RPM maksimum yang lebih tinggi.
• Penyuntik bahan api beraliran tinggi.
• Alternator perlumbaan yang mempunyai inersia rendah.
• Nisbah gear 1 dan 2 yang disemak.
• Penutup enjin yang baharu untuk mengurangkan lebar.
• Penutup bawah enjin yang baharu untuk menukarkan hala paip ekzos.

Kesemua pembaharuan ini menghasilkan kuasa maksima sebanyak 138 bhp. Ini merupakan suatu peningkatan yang agak besar berbanding dengan enjin yang terdahulu yang menghasilkan kurang daripada 130 bhp.

Tetapi kenapakah kuasa enjin Moto2 Triumph ini tidak dipertingkatkan lagi?

Ini ialah kerana Dorna mahukan siri perlumbaan Moto2 sebagai titik permulaan kepada siri MotoGP, di mana bakat-bakat baharu dapat dicungkil. Bakat-bakat pelumba-pelumba ini lebih penting daripada mereka bergantung teknologi yang sangat tinggi seperti di dalam MotoGP.

Selain daripada itu, pembuat enjin haruslah menggunakan komponen-komponen yang diperbuat daripada bahan-bahan mentah yang lebih mahal seperti titanium serta magnesium untuk meningkatkan lagi prestasi enjin. Selain daripada itu, mereka juga terpaksa menggunakan sistem elektronik yang lebih canggih. Perbuatan ini melibatkan kos yang sangat tinggi dan ia akan menyebabkan siri Moto2 menjadi terlalu mahal untuk pasukan-pasukan yang sedia ada.

Pembangunan dan Ujian ECU

Semua motosikal Moto2 akan menggunakan ECU Magneti Marelli standard yang disediakan oleh Dorna pada tahun 2019. ECU ini dibangunkan dengan kerjasama Triumph.

Dorna telah mengambil keputusan untuk tidak membekalkan sistem kawalan cengkaman (traction control) untuk Moto2 pada 2019. Penggunaan sistem kawalan cengkaman memerlukan setiap pasukan untuk berbelanja besar untuk memperolehi penganalisis data yang khusus, yang akan meningkatkan kos.

Pembangunan dan Pengujian Chassis

Triumph membekalkan enjin pembangunan awal melalui Externpro kepada pasukan-pasukan Moto2 untuk menjalankan ujian. Ujian dilakukan oleh penunggang-penunggang Moto2.

Keputusan dari Ujian Musim Pasca-2018 di Jerez

Semua pelumba melaporkan bahawa mereka mengambil peluang membiasakan diri dengan motosikal, ciri enjin dan ECU yang baharu.

Cuaca di Jerez sejuk sepanjang tempoh ujian dengan cahaya matahari yang kelihatan degan sekejap sahaja. Tambah lagi, cuaca hujan pada hari ketiga ujian.

Namun begitu, ujian menunjukkan bahawa jentera yang baharu sudah berada pada tahap yang sama seperti tahun sebelumnya. Sesungguhnya, semua penunggang memberikan maklum balas positif pada akhir ujian. Ini bermaksud mereka akan dapat memacu dengan lebih pantas lagi pada ujian rasmi Moto2 pertama yang bermula pada 20 Februari 2019, juga di litar Jerez.

Tunggang Motosikal Bagaikan Pelumba Profesional

Ikutilah tip-tip sepuluh penunggang profesional.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *