Enam Kereta Paling Popular Dalam Sejarah Filem

Kalau boleh ‘test drive’, yang mana anda pilih dan kenapa? No 5 tu mesti buat anda gelak dan sakit hati.

1. Volkswagen Beetle Herbie – The Love Bug (1963)

Image source.

Siapa masih ingat kereta bernama Herbie, Volkswagen Beetle putih, dengan nombor 53? Kereta ni boleh “self-drive” dan siap ada perasaan tau. Siap menang race lagi. Kalau dapat sebijik senang suruh dia drive sendiri time kita nak pergi kerja. Owner boleh dengkur kat seat belakang.

2. The Tumbler – Batmobile daripada The Dark Knight (2008)

Image source.

Siapa minat cerita Batman mesti kenal kereta ni. Replika kereta ni pernah dilelong pada tahun 2014 bermula dengan harga US$1 million. Bentuk mungkin sama, tapi jangan berangan nak tembak kereta depan pulak. Sebab replika je. Takde misil peluru berpandu yea.

 

3. Chevrolet Camaro – Transformers & Bumblebee

Siapa tak nak kereta yang boleh bertukar jadi robot comel? Sekarang kalau ternampak kereta Chevrolet Camaro warna hitam kuning macam Harimau Malaya mesti kita akan teringat kat Bumblebee kan? Nanti bila owner dia parking, kita pergi ambik selfie ramai-ramai. Okey?

4. Delorean DMC-12 – Back To The Future (1985)

Bukan setakat boleh terbang, tapi siap boleh undur dan “forward” masa ke depan. Kalau dapat, boleh tengok masa depan, tak pun boleh la undur ke zaman P.Ramlee, boleh tengok atuk nenek sendiri bercinta. Chia chia chia.

5. Reliant Robin – Mr Bean

Image source.

Ingat tak kereta biru dengan 3 tayar dalam cerita Mr Bean? Dia memang pantang tengok kereta ni di mana-mana. Mesti dia akan buli sampai kereta ni terbalik. Kalau ada kereta ni kat Malaysia, rasa memang cari pasal. Sebab kat sini pun ramai pembuli jalan raya.

6. Lotus Esprit – James Bond (The Spy Who Loved Me) – 1977

Image source.

Filem James Bond memang banyak adegan guna kereta. Tapi antara kereta yang paling ‘rare’ ialah kereta Lotus Esprit ni sebab kereta ni boleh bertukar jadi kereta selam! Mana nak cari kereta macam ni? Kalau bosan pusing bandar, boleh la sekali-sekala masuk laut tengok ikan, terumbu karang, cari penyu berenang. Kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *