EMPAT Fakta Berkaitan Kereta di Malaysia yang Anda Mungkin Tak Tahu

1. Kereta Pertama Di Malaysia Dimiliki Oleh Orang Negeri Perak

Source: myautoworld.com

Ipoh Mali. Siapa orang negeri Perak patut bangga sebab kereta pertama yang masuk ke Malaysia (zaman Tanah Melayu) ialah Mercedes Simplex yang dimiliki oleh Eu Tong Sen pada tahun 1902. Oleh sebab itu, negeri Perak menggunakan no plat yang bermula dengan huruf A, sebab Perak merupakan negeri pertama yang mempunyai kereta. Kejo Yeop Kejo!

 

2. “Malaysia 1” Merupakan Nombor Plat Pendaftaran Termahal Di Malaysia

Source: thestar.com.my

No plat “Malaysia 1” telah memecah rekod sebagai no plat termahal di Malaysia, dan bidaan tersebut telah dimiliki oleh Aldi International Sdn Bhd dengan jumlah lebih RM 1 juta! Bayangkan, nombor plat sahaja sudah mencecah jutaan ringgit. Tapi jangan pulak korang pergi cabut nombor plat tu kalau terjumpa kat mana-mana. Sebab bidaan je yang mahal, bukan nye sebab nombor plat tu disalut emas berlian. Pergi pajak pun tak laku. Malu kat orang nanti.

 

 

3. Kemalangan Maut Di Dunia: Malaysia Pernah Menduduki Tempat Pertama Selama 5 Tahun Berturut- Turut

Source: gifer.com

Pada tahun 1998, Malaysia pernah dilaporkan sebagai negara dengan jumlah kemalangan tertinggi di dunia selama 5 tahun berturut-turut! Ketika itu juga, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia merupakan 8 kali ganda lebih tinggi dari di Jerman atau Finland. Tapi untuk tahun 2018, Malaysia berada pada kedudukan ke -59, namun masih yang kedua tertinggi di Asia, selepas Thailand.

 

4. Kereta Sport Pertama Malaysia – Esna Venere

Source: carthrottle.com

Siapa masih ingat sekitar tahun 2005/2006, Malaysia pernah digemparkan dengan kereta sport pertama Malaysia, iaitu Esna Venere. Ia adalah hasil idea Enasport Sdn Bhd yang diasaskan oleh Esmail Naziadin. Kereta ni hanya terhad kepada 150 unit dengan harga sehingga RM800,000 dan kelajuan pulak boleh cecah sehingga 300km/j! Namun sayangnya, selepas kematian pengasasnya, projek Esna Venere telah ditamatkan serta-merta.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *