Betul Ke Pemandu Malaysia Ada Ilmu Telepati? Lebih-Lebih Lagi Di Musim Perayaan?

 

1. Telepati

Telepati bermaksud perhubungan rohani dengan orang lain dari jauh. Di sini, ramai pemandu yang menggunakan telepati. Tapi sayangnya mesej telepati tu tak sampai sebab kekurangan data. Sebab itu ramai yang tidak bagi signal bila nak tukar laluan atau berhenti dengan mengejut. Bila ada kes kemalangan, jawapan dari pemandu ini biasanya ‘Oh, saya ingatkan orang belakang tau saya nak membelok tadi’. Si mangsa tepuk dahi.

via GIPHY

2. Tetap pendirian

Berdiri teguh atau tetap pendirian itu bagus kalau atas dasar kebenaran. Tapi kalau di jalan raya, sifat ni tak berapa elok sangat. Biasanya pemandu jenis ni suka berada di lane paling kanan, tapi tetap teguh bawak kereta dengan kelajuan kura-kura. Orang hon atau bagi high beam pun dia tetap teguh dengan pendirian dia. Akhirnya, orang lain terpaksa memotong ikut laluan kiri.

via GIPHY

 

3. Peramah

Peramah atau mesra itu elok. Tapi alangkah bagusnya jika anda boleh menjaga batas-batas pergaulan. Pemandu peramah ni jenis pemandu yang suka ikut rapat acah-acah nak berkawan dengan kereta depan. Bagi saya, kalau dah mesra sangat ni rimas. Kalau kita ‘tercium’ orang memang confirm boleh kena pelempang. Tapi kalau ‘tercium’ bumper kereta depan? Boleh melayang duit.

via GIPHY

4. Pandu perlahan, ingat orang yang tersayang.

Selalu di musim perayaan banyak kita nampak signage ni. Apa kaitannya? Biasa tak nampak kereta yang perlahan sangat? Bila kita potong nampak pemandu tengah main handphone. Anda jangan salah sangka. Pemandu itu sebenarnya perlahan sebab dia tengah ingat pada orang yang tersayang. Kang kalau lambat reply, orang tersayang merajuk pulak.

5. Mengamalkan slogan 1S Kebersihan

1S yang dimaksudkan ialah ‘Seiri’ daripada bahasa Jepun yang bererti membuang sampah yang tidak diperlukan. Jadi, buka sahaja tingkap kereta anda. Maka tahniah, kereta anda kembali bersih tanpa sampah sarap. Peribahasa Melayu kata, ‘Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’. Jadi kalau mak ayah amalkan sikap ni, anak-anak pun biasa terikut sama.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *