Balasan Yang Paling “Win” Untuk Pemandu Kereta Yang Biadap

Pembuli jalan raya ni banyak jenis. Ada yang parking ikut suka, ada yang suka ikut rapat (tailgate) dan ada yang suka pasang lampu headlights sampai tahap orang depan pun boleh silau sampai buta. Di bawah ni ada contoh-contoh balasan untuk pemandu kereta yang teruk dan suka menyusahkan orang. Ada yang kelakar dan ada yang scary!

Pasang Headlights


Jangan takut. Tu bukan nye betul-betul seru hantu. Sebab hantu di atas cuma ‘menjelma’ kalau dia jumpa pemandu yang suka pasang headlights tinggi macam lampu stadium tu. Teknik ni sangat popular di negara China, di mana mereka akan pasang ‘reflective spooky decals’ di cermin belakang kereta masing-masing. Magiknya, kalau siang hari tak nampak. Tapi kalau kereta belakang kita tu guna lampu tinggi, memang akan menjelma la makhluk puaka ni. Siap ada jual online tau. Kalau kat Malaysia pakai teknik ni, guna pulak Highway Karak, boleh kena sakit jantung driver belakang. Ish..ish…

Parking Dua Petak

Spesis suka parking ikut suka kepala bana ni memang banyak. Ada yang parking kat OKU, ada yang depan rumah jiran, ada jugak jenis parking kereta dia sorang kat dua parking space.

Kes ni dipercayai berlaku di U.S.A. Owner kereta Mercedes tu dengan bangganya ambik dua parking space untuk dia sorang. Jadi, pemandu Jeep tu rasa orang tu patut diajar cara parking dengan betul. Jadi dia panggil member dia lagi sorang untuk parking rapat dan himpit kereta Mercedes ni. Akhirnya, bila si pemilik Mercedes tu datang, dia memang confirm tak dapat masuk kereta. Nak tak nak terpaksa masuk ikut bonet belakang!

 

Pemandu Kereta Buli Anjing Jalanan

Dah la suka jadi pembuli jalanan, kadang-kadang dengan haiwan pun dia nak cari gaduh. Yang ni kes di China. Lelaki tu telah sepak terajang seekor anjing jalanan yang tidur di tempat parking kereta dia. So apa jadi? Anjing tu mengadu kat geng dia. Then semua geng anjing tu serbu kereta dan rosakkan kereta orang tu dengan menggigit wiper dan kemekkan kereta. Jing…jing…anjing…

Parking OKU

Kes yang pernah viral di Brazil pada tahun 2015 ni berlaku sebab seorang pemandu lelaki telah parking di petak OKU. Jadi apa penduduk setempat buat? Mereka telah menampal blue badge symbol di seluruh kereta ni sebagai balasan untuk ajar lelaki tu supaya tidak lagi parking sesuka hati. Bila mamat tu datang, memang mengamuk la tengok kereta dia macam tu. Tapi apa dia dapat? Of course dapat malu dan saman!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *