Bacalah Bagaimana Selamatkan Diri Sekiranya Kereta Terhumban Ke Dalam Air

Source: icelandmag.is

Sudah banyak kes melibatkan kenderaan terbabas dan terhumban ke dalam air dilaporkan. Lebih malang lagi, kesemua mangsa yang ditemui maut akibat terperangkap dan lemas di dalam kenderaan. Pernahkan anda terfikir, apa yang harus anda lakukan sekiranya anda berada dalam situasi di atas? Percayalah, tindakan pantas anda mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa.

Source: wikihow.com

CARA 1: JANGAN PANIK; SEGERA BUKA TALI PINGGANG KELEDAR.

Kereta yang jatuh dalam air tidak akan tenggelam sepenuhnya dengan segera. Maka ambil peluang ini untuk membuka tali pinggang keledar anda bagi melancarkan pergerakan anda sebelum keluar dari kereta dengan segera.

Source: spadesnews.com

 

CARA 2: JANGAN BUKA PINTU, TAPI BUKA TINGKAP DENGAN SEGERA.

Tekanan luar amat tinggi dan menyukarkan anda untuk membuka pintu. Selain itu, tindakan membuka pintu juga menyebabkan kereta anda cepat tenggelam. Jadi, apa yang harus anda lakukan ialah membuka tingkap. Sekiranya kereta sudah tenggelam sepenuhnya dan amat sukar untuk membuka tingkap, pecahkan tingkap kereta anda dengan menggunakan penyandar kepala kerusi pemandu. Ingat, pecahkan cermin sisi pemandu, bukan sisi hadapan atau windscreen!

Source: youtube.com

CARA 3: IKUT ‘BUBBLE’ UDARA SEMASA DI DALAM AIR.

Mengikut kajian, sekiranya kenderaan jatuh di dalam air, kebanyakan mangsa yang berjaya keluar dari kereta akan hilang arah di dalam air. Anda kena ingat, keadaan masa tu bukan macam anda berenang di dalam kolam yang mempunyai air yang jernih tau. Tapi sebaliknya impak dari kereta jatuh tersebut menyebabkan pandangan anda agak kelam atau air menjadi sangat keruh. Jadi, cara terbaik ialah berenang mengikut ‘bubble’ udara.

Source: photos.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *