Apakah Maksud Oktana Petrol?

Adakah petrol oktana tinggi bermaksud peningkatan prestasi?

Tajuk oktana petrol masih merupakan sesuatu yang hangat didebatkan, khususnya perbandingan di antara RON 95 dengan RON 97.

Persoalannya ialah adakah petrol oktana yang lebih tinggi menjanjikan peningkatan prestasi enjin?

Untuk memahami tajuk oktana dengan lebih mendalam, kita harus memahami apakah “ketukan” (knocking) terlebih dahulu.

Gred petrol di luar negara – ehsan gm-volt.com

Kami yakin yang anda kenal dengah istilah “nisbah mampatan” (compression ratio). Secara ringkasnya, nisbah mampatan enjin yang lebih tinggi memainkan peranan secara langsung terhadap “kecekapan termodinamik” (thermodynamic efficiency) dan penghasilan kuasa di dalam enjin pembakaran dalam.

Cara mudah untuk memperingati kiraan nisbah mampatan – Ehsan www.ask.enggforum.com

Akan tetapi, campuran bahanapi dan udara akan menjadi panas apabila dimampat ketika lejang mapatan, seperti di bahagian atas piston. Sebagai perbandingan, itulah caranya enjin diesel berfungsi, iaitu udara dimampatkan sehingga panas dan akan terus membakar apabila diesel disuntik ke dalam kebuk pembakaran.

Tekanan dan suhu hasilan mampatan ini boleh menyebabkan campuran bahanapi itu terbakar dengan sendirinya, yang dipanggil pembakaran pra-masa (premature combustion) sebelum sempat dinyalakan oleh palam pencucuh (sparkplug) jika kita menggunakan petrol yang mempunyai RON terlalu rendah. Pembakaran yang tidak terkawal ini menghasilkan gelombang tekanan kuat yang akan memantul ke segala arah di dalam kebuk pembakaran, dan menghasilkan bunyi “ketukan” kuat yang boleh didengari dengan jelas. Inilah ketukan (knocking).

Pembakaran normal (kiri) berbanding dengan pembakaran pra-masa (kanan) – Gambar ehsan www.motociclism.ro

Ketukan yang berterusan akan menjahanamkan enjin oleh kerana letupan diluar kawalan tersebut akan menghasilkan haba dan tekanan yang jauh lebih tinggi daripada jangkauan rekaan enjin. Akhirnya, piston dan injap akan lebur serta sehingga membengkokkan rod penyambung piston (conrod).

Kerosakkan yang disebabkan oleh ketukan – Ehsan digiato.com

Enjin-enjin moden dilengkapi dengan pengesan ketukan untuk menangani kejadian ini (masih tiada enjin yang dilengkapi dengan pengesan RON petrol). Apabila ketukan terjadi, pengesan tersebut akan menghantar isyarat kepada unit kawalan enjin (ECU). ECU pula akan melaras pemasaan pembakaran dan suntikan bahanapi, mahupun nisbah campuran bahanapi untuk menghentikan ketukan.

Pengesan ketukan – Ehsan bosch.com

Hasilnya, enjin akan kehilangan kuasa serta kecekapan penggunaan bahanapi, kerana ia tidak lagi berfungsi pada tahap yang optima. Sebab inilah kenapa anda rasakan bahawa enjin seolah-olah kehilangan kuasa serta penggunaan minyak yang meningkat apabila menggunakan petrol yang beroktana rendah.

Sebaliknya, petrol yang beroktana lebih tinggi menahan ketukan. ECU enjin akan meningkatkan “spark timing advance”, suntikan bahanapi (fuel injection) dan campuran bahanapi yang optima untuk penghasilan kuasa yang maksimum. Oleh demikian, enjin anda akan terasa seperti lebih berkuasa serta jimat bahanapi.

Graf keperluan oktana – Ehsan www.grumpysperformance.com

Bagaimanapun, huraian di atas hanya sebagai am dan tidak terjadi kepada semua kenderaan mahupun enjin motosikal, kerana bukan semua enjin motosikal direka untuk jenis prestasi yang sama. Contohnya, adalah lebih menjimatkan jika kita menggunakan RON 95 untuk skuter yang mempunyai nisbah mampatan (compression ratio) daripada 10:1 ke bawah 12.5:1 berbanding dengan sebuah sportbike (seperti S 1000 RR, Panigale, dll.) yang menggunakan enjin bernisbah mampatan 13:1 dan ke atas. Ini tidak bermaksud superbike harus menggunakan petrol RON 97 sahaja. Kita boleh menggunakan RON 95 jika kita hanya menggunakan motosikal di atas jalanraya setiap hari dan tidak menunggang di atas litar.

Tetapi bagaimana pula dengan motosikal yang disyorkan oleh pengilang untuk menggunakan RON lebih tinggi daripada yang terdapat di dalam pasaran? Contohnya, pengilang mengesyorkan RON 98 sebagai minima?

Serta lagi satu persoalan. Kenapakah kita mendapat prestasi enjin berlainan walaupun kita menggunakan petrol RON 97 daripada lain-lain pengeluar? Ini disebabkan oleh formula di dalam petrol yang berlainan di antara pengeluar-pengeluar.

Tidak perlu risau, sebab X-1R menawarkan produk Octane Booster (Peningkat Oktana). Produk ini berkualiti tinggi dan selamat digunakan oleh mana-mana kenderaan yang menggunakan bahanapi petrol serta dapat meningkatkan oktana petrol sebanyak 3 nombor.

X-1R Octane Booster

Produk ini amat berguna khususnya apabila kita jelajah bermotosikal ke negara asing di mana kadang-kadang hanya terdapat petrol RON 95 sebagai oktana tertinggi. Kami sendiri pernah mengalami pengalaman sebegini yang menyebabkan motosikal kami semput serta penggunaan petrol yang tidak munasabah.

Kami juga menggunakan X-1R Octane Booster ketika menunggang di atas Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Sebotol kecil dapat dibahagikan kepada 2 tangki petrol yang penuh, maka anda boleh berjimat. Oleh yang demikian, belilah sebotol-dua dan simpan di bawah tempat duduk motosikal anda.

Juga, jagalah kebersihan komponen-komponen bahanapi motosikal anda dengan menggunakan produk X-1R Fuel System Cleaner.

X-1R Fuel System Cleaner

No comments yet! You be the first to comment.