Anda Minat The Avengers? Hanya Diehard Fan Marvel Kenal Kereta Dalam Filem-Filem Superhero Ni

Source: gifer.com

Bring me Thanosss!!! Kalau ayat pertama tu pun korang dah tahu siapa yang cakap, jadi memang sah, anda memang peminat The Avengers. Korang mesti tak sabar nak tunggu cerita latest daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) – Captain Marvel menjengah di pawagam pada 6 Mac 2019 ni kan? Jadi apa kata sambil menunggu tu, jom baca dan kenal kereta yang digunakan dalam movie hebat keluaran Marvel Studios ni.

CHEVROLET TAHOE

Kereta yang dinaiki oleh agent S.H.I.E.L.D, Nick Fury dalam Captain America: The Winter Soldier ialah SUV Chevrolet Tahoe. Dalam movie ni, kereta yang Nick Fury naik tu ada minigun-rocket bersama pintu & cermin kalis peluru. Tahukah anda? Kereta ni merupakan best-selling SUV di U.S.A yang dikeluarkan oleh General Motors.

AUDI

Kalau korang perasan, kereta jenis Audi memang bersepah dalam filem Marvel. Dari Audi R8 V10, Audi A3 Cabriolet, Audi TT-S dan hampir semua kereta yang dinaiki oleh Tony Stark aka Iron Man ialah jenis Audi. Memang hebat teknik marketing yang digunakan oleh Audi ni. Bukan setakat dalam filem, tapi pelakon watak Iron Man, Robert Downey Jr juga promote kereta keluaran Audi di U.S.A.

 

Lexus LC 500

Source: Motorpress

Pengeluar kereta mewah Lexus telah bekerjasama dengan Marvel Studios untuk filem Black Panther dimana mereka menggunakan kereta Lexus LC 500 di dalam movie tersebut. Siapa boleh lupa scene kejar-mengejar di Korea Selatan. Lagi hebat, kereta tersebut dipandu dari jarak jauh oleh Shuri (adik kepada King T’Challa).

HYUNDAI VELOSTER


Pengeluar kereta dari Korea Selatan, Hyundai, telah membuat kemunculan di dalam salah satu filem Marvel Studios – Ant Man And The Wasp. Di dalam filem ni, watak Luis iaitu bestfriend kepada Ant Man telah menggunakan kereta Hyundai Veloster, dimana kereta tersebut boleh membesar dan mengecil kepada saiz serangga!

LAMBORGHINI HURACAN

Source: auto.ndtv.com

Dalam filem Dr Strange (2016), kita dapat tengok watak utamanya sebagai antara doktor terbaik dunia telah memandu kereta jenis Lamborghini Huracan, sebelum beliau terlibat dalam kemalangan. Walaupun accident tu memang teruk, tapi disebabkan kehebatan aspek keselamatan supercar itu, Dr Strange selamat. Yeala, kalau kereta jenis biasa-biasa yang accident macam tu, rasanya tak sempat doktor tu nak jadi superhero.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *