Adakah Minyak Sintetik Moden Perlukan Aditif?

Terdapat satu perdebatan besar dalam dunia pelinciran yang mempersoalkan sama ada minyak moden atau sintetik adalah satu pakej lengkap dan dengan itu tidak lagi memerlukan penambahan aditif untuk memberikan enjin perlindungan yang mencukupi daripada penggunaan seharian.

Sememangnya sudah terdapat beberapa kemajuan memberangsangkan dalam dunia pelinciran dalam 100 tahun yang lepas, tetapi mungkin tidak begitu banyak yang anda fikirkan, memandangkan bahawa enjin dalam kereta anda kini adalah jauh lebih maju. Sama ada minyak sintetik yang anda pilih untuk enjin anda, mengandaikan bahawa anda mampu untuk membelinya, adalah baik atau buruk bergantung kepada sebilangan faktor.

Istilah “minyak sintetik” ialah satu istilah yang luas tetapi ia secara dasarnya ialah minyak yang diperbuat daripada Kumpulan III dimana kompaun kimia yang dibuat secara tiruan ini boleh termasuk produk-produk bukan petroleum.  Semi-sintetik pula boleh terdiri daripada kandungan serendah 30% sintetik sehingga 70% minyak asas biasa, dimana bahan-bahan eksotik seperti ester telah ditambah untuk menambahbaik ‘prestasi’ minyak itu tanpa melibatkan kos produk-produk sintetik sepenuhnya.

Pada suatu ketika dahulu, Mobil telah menyaman Castrol yang mendakwa bahawa stok asas  yang digunakan oleh mereka tidak diubahsuai dengan mencukupi untuk melayakkan diri sebagai satu produk sintetik.  Castrol telah menang tetapi sebagai akibat daripada ini, Institut Petroleum Amerika telah menarik balik dokumen mereka berkenaan standard itu dan sejak dari itu, istilah “Sintetik Sepenuhnya” merupakan satu istilah pemasaran keseluruhannya dan tidak menjamin sebarang bentuk kualiti.

Pertama sekali, banyak daripada minyak yang kononnya dipanggil minyak sintetik sebenarnya bukan sintetik sepenuhnya tetapi telah dibenarkan untuk dipanggil sedemikian memandangkan syarat pelabelan dalam kebanyakan negara adalah agak longgar, pada pandangan kami.  Kebanyakan sintetik bergantung kepada satu stok asas dan setiap pengeluar akan menggunakan jenis yang berlainan dalam pembuatannya; disebabkan itu, prestasi satu produk sintetik akan berubah secara dramatik antara pengeluar dan malahan antara bac-bac dari pengeluar atau lokasi geografi yang sama.

Jadi, pemilihan satu minyak adalah umpama satu loteri kecil: sesetengahnya adalah hebat, yang lain tidak begitu baik, dan jangan lupa bahawa minyak dijual sebagai satu komoditi, jadi godaan untuk mengambil jalan pintas mudah untuk peningkatan keuntungan akan sentiasa wujud. Oleh kerana demikian, satu produk berkeupayaan tinggi seperti Rawatan Enjin X-1R muncul. Rangkaian produk X-1R mengandungi aditif premium dan berada pada satu paras dos yang kesannya akan mentransformasikan satu minyak buruk menjadi baik dan minyak baik menjadi hebat. Satu kajian baru-baru ini yang dijalankan  di bawah protokol ketat ASTM telah menemui bahawa penggunaan rawatan enjin X-1R sebenarnya mampu menambahbaik hayat minyak dalam sebuah enjin dengan ketara sehingga 61% (Bacalah laporan kajian tersebut.)

Tetapi yang lebih baik lagi, dan memandangkan kami agak pasti bahawa kebanyakan orang sedarinya, minyak sintetik sepenuhnya adalah tidak disyorkan dalam kereta yang lebih tua disebabkan oleh isu keserasian penutupan. Juga, minyak moden telah mengurangkan amaun Zink dalam produk itu disebabkan oleh isu alam sekitar; masalah berhubung dengan perkara sebegini adalah bahawa ini kemudiannya didapati telah menghambat prestasi Tekanan Ekstrem dan Anti-Kehausan minyak itu. Rawatan Enjin X-1R telah menggunakan satu teknologi Tekanan Ekstrem tanpa-Zink untuk memberikan prestasi Tekanan Ekstrem dan Anti-Kehausan yang lebih baik yang telah diiktiraf sebagai Teknologi Hijau yang sebenar.

Jadi, adakah minyak moden memerlukan satu aditif? Jika anda ingin baik terhadap kereta anda dan mesra kepada alam sekitar, jawapan kepada soalan itu seharusnya “ya”.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *