Empat Produk X-1R Untuk Enjin Motosikal

Mungkin kita tidak perlu bahaskan lagi bahawa setiap pemilik motosikal menyayangi jentera mereka, khususnya dari segi pretasi. “Prest...

Mungkin kita tidak perlu bahaskan lagi bahawa setiap pemilik motosikal menyayangi jentera mereka, khususnya dari segi pretasi.

“Prestasi” pula dapat diuraikan kepada tiga kategori, iaitu enjin, cesi dan tayar. Akan tetapi, prestasi enjinlah yang paling penting buat hampir semua penunggang motosikal.

Oleh yang demikian, penjagaan enjin merupakan suatu aspek penjagaan motosikal yang paling penting. Enjin dan bahagian-bahagian yang berkaitan hendaklah dijaga rapi untuk penghasilkan kuasa serta penjimatan bahanapi yang optima.

Tahukah anda bahawa jenama X-1R menawarkan empat produk yang bermanfaat dan selamat untuk digunakan di dalam enjin motosikal?

1. X-1R FUEL SYSTEM CLEANER 

Atau dalam Bahasa Melayu: “Pembersih Sistem Bahanapi.” Walaupun setiap syarikat pengeluar minyak berusaha keras untuk menghasilkan petrol yang bersih daripada kotoran, terdapat banyak faktor lain yang boleh menyebabkan keladak dalam petrol.

Keladak yang berada di dalam petrol akan menyebabkan bahagian-bahagian bahanapi seperti tangki, hos-hos, jet di dalam karburetor dan penyuntik tersumbat.

Selain daripada itu, petrol yang lama akan meninggalkan “varnish.” Jika anda takungkan petrol untuk beberapa hari di dalam satu bekas, anda akan terjumpa selaput bewarna kuning-jingga yang tidak dapat dibuang. Itulah “varnish.”

Apabila tersumbat, enjin tidak akan menerima bahanapi yang mencukupi maka tidak dapat menghasilkan kuasa yang maksimum.

Tambah lagi, kotoran tersebut mungkin akan disedut ke dalam kebuk pembakaran (combustion chamber). Petrol zaman kini tidak menghasilkan banyak kotoran selepas dibakar, akan tetapi kotoran yang lain akan meninggalkan kesan seperti karbon dan sulfur (belerang). Bahagian di atas piston ini tidak dapat dicuci oleh minyak pelincir.

Oleh yang demikian, anda harus menggunakan X-1R Fuel System Cleaner untuk mencuci bahagian-bahagian penghantaran petrol serta kebuk pembakaran. Satu botol 60ml dapat mencuci sebanyak 75 liter petrol; oleh yang demikian, anda hanya perlukan mencampurkan sedikit sahaja kepada setiap tangki petrol yang penuh.

2. X-1R ENGINE FLUSH 

Minyak pelincir direka untuk melincirkan bahagian-bahagian yang bergerak di dalam enjin. Akan tetapi, ada kalanya pemilik kenderaan terlupa jangkamasa servis. Tambah lagi cuaca negara kita yang suhunya tinggi dan lembab. Keadaan-keadaan tersebut boleh menyebabkan “sludge” iaitu sejenis keladak berwarna perang yang susah hendak dibuang.

Selain daripada sludge, minyak pelincir yang lama harus dibuang secara keseluruhannya sebelum mengisi semula dengan minyak pelincir yang baharu. Minyak baharu akan hilang kesannya dengan cepat jika dicampur dengan sisa minyak lama.

Oleh yang demikian, anda boleh masukkan sebotol X-1R Engine Flush ke dalam enjin dan biarkan ia berjalan selama 15 minit untuk mencairkan keladak sludge serta minyak lama. Setelah itu, keluarkan minyak yang lama dan isi dengan yang baharu.

3. X-1R SMALL ENGINE FORMULA 

Minyak pelincir enjin yang terkini cukup untuk melincirkan bahagian-bahagian dalam enjin anda, akan tetapi terdapat juga manfaat jika anda menggunakan produk pelincir tambahan. Dalam pengalaman penulis ini, produk ini memanjangkan jangka hayat minyak pelincir dan mengurangkan lagi geseran. Justeru itu, enjin lebih senyap dan lancar untuk masa yang lebih lama.

Selain daripada itu, X-1R Small Engine Formula masih dapat melindungi enjin walaupun sudah kehilangan minyak pelincir, khususnya di dalam enjin yang sudah menjangkau 100,000 kilometer.

Hanya tambahkan sebotol X-1R Small Engine Formula kepada setiap liter minyak pelincir – contohnya 2 botol untuk 2 liter minyak.

4. X-1R OCTANE BOOSTER 

Peranan oktana di dalam petrol ialah untuk mencegah “knocking.” Jika anda menggunakan petrol yang mempunyai oktana yang kurang daripada apa yang disyorkan oleh pembuat motosikal anda, knocking akan merosakkan enjin anda.

Kebanyakan enjin moden dilengkapi dengan pengesan knocking. Apabila knocking dikesan, komputer kawalan enjin (engine control unit atau ECU) akan mengurangkan pemasaan pencucuhan spark plug. Apabila ini berlaku, kuasa enjin akan dikurangkan agar enjin tidak rosak. Malangnya, ia turut menyebabkan penggunaan bahanapi yang lebih banyak.

Apabila anda menggunakan petrol yang beroktana lebih tinggi, ECU akan membenarkan enjin berfungsi pada tahap optima maka anda akan dapat kuasa maksimum. Sebab inilah kenapa enjin kenderaan anda lebih menjimatkan bahanapi serta berasa lancar dan berkuasa.

Cara yang paling mudah untuk meninggikan lagi oktana petrol ialah dengan menggunakan X-1R Octane Booster. Produk ini dapat meninggikan oktana petrol sebanyak 3 nombor, contohnya RON97 ke RON100. Sebotol X-1R Octane Booster kandungan 60ml boleh digunakan untuk 75 liter petrol, jadi anda dapat berjimat.

Produk ini juga sangat berguna kepada mereka yang suka jelajah bermotosikal ke negara-negara jiran dimana anda tidak pasti akan kualiti petrol di sana.


Related

x-1r 8105356673321955856

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item