Panduan Hadapi Detik Kecemasan Jalan Raya

Panik, menangis, ‘blur’ tiba-tiba tak tahu apa yang perlu dilakukan pabila kereta tiba-tiba mati, terlibat dengan kemalangan dan sebagainya....

Panik, menangis, ‘blur’ tiba-tiba tak tahu apa yang perlu dilakukan pabila kereta tiba-tiba mati, terlibat dengan kemalangan dan sebagainya. So, please take note perkara di bawah: -

 

1. Tarik nafas dan bertenang

Berhentikan kenderaan anda, bagi signal kecemasan.

 

2. Berhentikan kereta ke tepi, jangan halang laluan traffic

Lagi sekali bertenang dan ketepi. Jangan lupa bagi ‘signal’ tu.

 

3. Pastikan telefon pintar anda berfungsi

Buat panggilan dengan orang terdekat, minta pendapat. Jika ada app pun OK juga. Apps seperti CARPUT juga ok untuk dielakkan kene tipu dengan agen-agen insurance atau tonto yang titebe muncul.

 

4. Jika ada kecederaan, hubungi talian kecemasan dengan pantas

Dan jangan lupa bawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, kad insurans dan sebagainya.

 

5. Jangan terlalu percaya sesiapa, pegang kunci kenderaan anda

Beringat. Tidak semua orang baik dalam dunia ini. Sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling.

 

6. Dapatkan maklumat penting pemandu terlibat

Sekarang dah zaman teknologi. Tangkap jer gambar kad pengenalan dengan lesen orang yang terlibat itu. Dan tolong, jangan selfie kat tempat kemalangan tu pulak.

7. Kawal emosi

JANGAN keluar kereta dengan emosi tidak stabil. Nanti viral satu Malaysia.


Para pemandu, adakah anda bersedia untuk bakal menghadapi detik-detik cemas ini. Pastikan kereta anda dilindungi sewajarnya. Servis lah kenderaan anda on time, OK?!



Related

news 2671023752340018611

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item