Kalaulah setiap Pemandu Uber dan Grab seperti LELAKI INI

Annadurai, atau dikenali sebagai Auto Anna, kemungkinan ialah pemandu auto yang paling popular di India. Bagi sesiapa yang tidak pernah ke I...

Annadurai, atau dikenali sebagai Auto Anna, kemungkinan ialah pemandu auto yang paling popular di India. Bagi sesiapa yang tidak pernah ke India, kereta beca ialah pengangkutan yang biasa di sana dan terdapat puluhan ribu kereta beca di bandar-bandar India yang besar. Jadi, kenapa Auto Anna begitu berbeza daripada yang lain? Beliau begitu popular sehingga beliau telah memberi dua “Ted Talk”, dan sering diwawancara dan dijemput berucap mengenai perkhidmatan pelanggan kepada penonton-penonton korporat.


Menunggang dalam kereta becanya bagaikan terbang dalam kelas pertama tetapi dengan harga ekonomi. Annadurai akan memastikan bahawa dia mempunyai lapan suratkhabar dan kira-kira 35 majalah dalam becanya, sekiranya pelanggannya ingin membaca semasa dalam perjalanan. Dia membayar untuk WiFi dan mempunyai iPad dan komputer riba di dalam becanya, yang boleh digunakan oleh pelanggannya untuk melayari laman web semasa dalam perjalanan. Terdapat juga sebuah TV, dan Annadurai melanggan program-program dalam lapan dialek dan bahasa, termasuk bahasa Hindi, Telugu, Malayalam, dan "Barat" (yang dimaksudkan ialah Bahasa Inggeris). Apabila pelanggan memasuki kenderaannya, dia akan mengubah servis mengikut jenis pelanggan, menyapa mereka dalam dialek atau bahasa pilihan mereka, dan mengubah program televisyen dan radio mengikut kehendak pelanggannya.

Annadurai juga memberi servis percuma kepada guru-guru, dan kepada pasangan kekasih pada Hari Valentine's (aaw), ibu-ibu pada Hari Ibu (aaaaaaw) dan bapa-bapa pada Hari Bapa (aaaaaaawwwwww). Beliau juga menganjurkan pertandingan bulanan dengan hadiah wang tunai untuk pelanggannya. Apabila dia menyedari bahawa ia menjadi masalah bagi mereka untuk membawa wang kecil, dia telah mendapatkan "swiping machine” (mesin kad kredit) untuk menerima bayaran, walaupun serendah Rs. 10 (65 sen) dan dia terpaksa menanggung kos tambahan kad kredit.

Annadurai membelanjakan kira-kira Rs. 9,000-10,000 (MYR580-640) sebulan untuk perkhidmatan tambahan ini, tetapi seperti ramai usahawan yang berjaya akan memberitahu anda, apabila anda meletakkan pengalaman pelanggan anda terlebih dahulu dan margin keuntungan kemudian, perniagaan akan berkembang. Inilah yang telah terjadi kepada Annadurai dimana dulu dia akan menunggu pelanggan; sekarang, pelanggannya pula akan menunggu beliau, di Old Mahabalipuram Road di Chennai, di mana banyaknya syarikat IT berada.

Apabila dia tidak sibuk dengan memberi ucapan, wawancara dan membina aplikasi “auto-hailing”, dia mendapat Rs. 2,000-3,000 (MYR130-190) sehari daripada perniagaan becanya; kami telahpun menbuat pengiraannya: jika dia bekerja hanya 20 hari sebulan, dia menghabiskan di antara 15% hingga 25% dari pendapatannya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

Ada juga dokumentari ringkas tentangnya:


Dalam salah satu ceramah yang diberikan olehnya di Sekolah Perniagaan ITEM di Chennai, beliau berkata: "Kerja anda akan mengisi sebahagian besar daripada kehidupan anda dan satu-satunya cara untuk benar-benar berpuas hati adalah melakukan apa yang anda percayai ialah kerja yang hebat." Bagi seorang yang "tidak menghabiskan persekolahan", berdasarkan laman Facebooknya, dia benar-benar seorang lelaki yang memberi inspirasi!

imej: Facebook


Related

uber 7766761957529394062

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item