Jenis Adab Unik Pemanduan Rakyat Malaysia

Tahukah anda betapa HEBAT pemandu-pemandu Malaysia? Automologis ROS ingatkan kita... Malaysia memang sedia maklum dengan pelbagai keunikka...

Tahukah anda betapa HEBAT pemandu-pemandu Malaysia? Automologis ROS ingatkan kita...

Malaysia memang sedia maklum dengan pelbagai keunikkan yang tersendiri. Baik daripada makanan, pemakaian, adab dan budaya. Unik bukan? Tapi selain itu, rakyat Malaysia juga hebat menghasilkan pemandu-pemandu yang hebat. Tak percaya? Teruskan membaca.

sumber imej: motortrader.com.my

1. Lampu Trafik: Hijau untuk Jalan, Kuning untuk Pecut, Merah untuk Lagi Laju!

YAZZ! Hanya di Malaysia, terutamanya di bandar Kuala Lumpur, kita mengamalkan konsep ini. Mana ada kita belajar lampu kuning untuk perlahankan kenderaan kita. Makin laju lagi ada la. Tu belum lagi lampu merah, kompom makin laju sebab yelah ada 10 saat rule traffic light. Siapa yang masih follow traffic light selepas ada LESEN penuh. Tahniah, masih ada lagi memandu cemerlang ropenya.

2. Apa tu ‘Zebra Crossing’?

Rata-rata jawapan kita dapat kalau tanya tentang ‘Zebra Crossing’. Ooo, yang untuk penjalan kaki tu kan? Ya, jawapan tu tapi masih lagi pemandu Malaysia langgar jer bende tu. Lagi hebat, kita hon penjalan kaki. Sebab apa? Yela, nak suruh diorang jalan cepat sikit untuk clearkan jalan. Hebat tak hebat!

3. Multi Task dalam kereta

Haa, semua pemandu Malaysia buat bende ni. Paling tidak pun main telefon pintar. Sempat update ‘selfie’. Paling WIN, ada pemandu yang makan dalam kereta paling ‘expert’ makeup dalam kereta (ini paling epic). Bila nampak abang polis, kene hon. Kelam kabut semua campak ke bawah kaki termasuk telefon pintar MAHAL tu. Hebat!

4. Lampu Signal? Apa tu?

Bende wajib yang ada dalam kereta untuk memberitahu kenderaan lain kita nak ke mane, nak ke kiri, kanan. Tapi sayangnya, ramai pemandu Malaysia tidak pandai menggunakannya. Main masuk agak-agak lepas jer. Bila dapat jari tengah dari pemandu belakang, sibok nak viralkan dalam social media padahal salah sendiri yang tidak menggunakan ‘signal’ tu. Hebat!

5. Siapa ikot had laju?

Walaupun dah terpampang dah kat jalan 40km/j, 60km/j, 90km/j, 110km/j, namun siapa yg betul-betul ikot? Kecuali jalan tu ada kamera dengan AES la kan. Sementara itu, 99% memang tak akan ikot pun kan. Hebat!

6. Apa pemandu Malaysia bila nampak Polis & JPJ

Yang ni je baiknya pemandu Malaysia. Masing-masing dengan baik hatinya update kat dalam Waze sebagai ‘hidden police'. Tak pun bagi lampu, alert kehadiran pihak berkuasa di hadapan anda. Baik kan? Hebat!

7. Parking dengan cara terhebat

Hanya pemandu di Malaysia jer yang akan berani parking merata-rata bagitaw jer mane. Tepi highway, tepi longkang, atas divider, paling best ‘double park jer. Kalau rasa baik hati tinggalkan la number contact tapi selalunya tak pernah pun nak tinggal. Maka, perang hon la nampaknya.

8. Guna emergency lane

Tersangkut dalam kesesakkan jalan raya terutamanya ketika cuti awam, cuti hari raya dan pelbagai jenis public holiday la kat dalam Malaysia ni. Mula la highway penuh dengan pelbagai kereta. Tahap kesabaran yang menipis, mula lah kita ambil jalan mudah dengan memandu terus ke emergency lane. Bila seorang dah mula guna emergency lane, mula ramai ekor. Paling pak polisi pun seronok saman korang yang berekor-ekor tu. Jika tak bernaseb baik, cermin sisi anda boleh hilang dek disepak dengan penunggang motor. Maka, kita bertimbang rasa la yer. Tak guna ada akal dan otak tapi tak digunakan untuk berfikir. Hebat kan!

9. U turn. Mana-mana pun boleh

Selagi tiada papan tanda tidak boleh U-turn. Kita akan U-turn gak. Bila kena marah dengan pemandu kurang sabar, mulalah bergaduh , menjerit ‘Sebab takde pun cakap tak boleh U-Turn kat sini’. Paling teruk pun kereta calar atau kemek jer kan. Hebat!

10. Buang sampah luar tingkap kereta

Semua mahukan kenderaan mereka bersih dan short cut kepada kebersihan itu. Kita buka tingkap dan campak jer keluar. Campak habis kurang pun kene cermin kereta orang belakang jer. Antara barang favorite para pemandu suka campak keluar kereta adalah seperti plastik (dari sebesar plastik sampai sekecil plastik, sisa makanan, lagi apa?). Kira ok lah kene cermin kereta, kalau kene helmet orang macamane? Perkara macamni boleh menyebabkan kemalangan taw! Jangan main-main you guys! Tak salahkan laburkan RM10 beli tong sampah comel dari Mr DIY agar boleh maintain bersih. Tak gitu.

Adakah anda seperti pemandu-pemandu di atas? Pemandu Malaysia sememang unik bukan?



Related

whysoserious 3715139856999008242

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item