Pemandu Uber kini boleh Menyewa Kereta Proton...Adakah Ini Pilihan Yang Baik?

Kalau anda ingin menjadi pemandu Uber, anda sekarang boleh menyewa sebuah kereta Proton melalui Quick Ride SB, sebuah perkhidmatan menyew...


Kalau anda ingin menjadi pemandu Uber, anda sekarang boleh menyewa sebuah kereta Proton melalui Quick Ride SB, sebuah perkhidmatan menyewa kereta untuk tujuan perkhidmatan Uber. Dengan hanya deposit RM1,000, anda boleh meminjam Proton Saga untuk RM45 sehari atau Proton Persona untuk RM55 sehari—iaitu kira-kira RM1,350 hingga RM1,705 sebulan—selama tempoh tiga tahun. Selain daripada kos penyelenggaraan, cukai jalan dan insurans yang termasuk dalam pakej, kereta akan dilengkapi dengan WiFi percuma dan tablet digital. Pemandu yang ingin menyertai program ini mesti menjadi pemandu Uber sepenuh masa, jadi ia tidak sesuai untuk anda yang ingin menjadi pemandu part-time sahaja.

Pada tahun lepas, selepas gomen mengesahkan perkhidmatan Uber dan Grab, syarikat-syarikat teksi sudahpun mula menyewa kereta persendirian dan beribu-ribu pemandu teksi telah bertukar daripada teksi sewa ke kereta persendirian, walaupun sewanya lebih tinggi, iaitu kira-kira RM1,000 seminggu untuk kereta persendirian berbanding dengan hanya RM350 seminggu untuk teksi. Namun, pemandu teksi berasa pendapatan daripada Uber atau Grab akan lebih banyak walaupun kosnya tinggi.

Jadi, program penyewaan ini bagaikan pilihan yang bagus. Walau bagaimanapun, memandangkan anda boleh membeli CVT Standard Proton Saga 1.3 untuk RM40,800, dan pembayaran balik bulanan anda hanya RM530 (margin pembiayaan 90%, kadar faedah 3% dan tempoh pinjaman 7 tahun), peyewaan kereta ini adalah sangat mahal. Malah selepas memperuntukkan 1% nilai kereta untuk kos penyelenggaraan tahunan dan cukai jalan RM70 setiap tahun, dan RM1,300 premium insurans, anda akan membayar kurang daripada RM700 sebulan.

Tetapi alasan seseorang untuk menyewa kereta adalah untuk dapat mendapatkan kereta dengan serta-merta tanpa bayaran pendahuluan yang banyak dan agar TIDAK ADA komitmen terhadap aset yang akan depresiasi. Dan mungkin selepas beberapa tahun, anda mungkin mendapati bahawa ini bukan kerjaya untuk anda dan anda tidak lagi memerlukan kereta tersebut. Sekiranya ini adalah faktor penting kepada anda, maka abaikan semua perkara yang kami nyatakan di perenggan sebelum ini, dan hayatilah kereta Proton baru anda.

Uber juga baru-baru ini melancarkan UberTaxi, untuk memanggil teksi, dan UberFlash, untuk memanggil kereta persendirian atau teksi terdekat dengan cepat, jadi selamat berjaya kepada semua pemandu Uber.


Related

news 8184342632102628937

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item