Bolehkah anda teka apa guna Bas Tak Sekolah ini?

Sekiranya anda membesar (atau masih tinggal) di sesetengah kampung atau tempat yang tidak mempunyai perpustakaan sendiri, anda mungkin perna...

Sekiranya anda membesar (atau masih tinggal) di sesetengah kampung atau tempat yang tidak mempunyai perpustakaan sendiri, anda mungkin pernah meminjam daripada perpustakaan bergerak yang bersinggah di kawasan tempat tinggal anda. Walapun pilihannya amat terhad, tetapi untuk seorang kanak-kanak, lawatan mingguan van ini amat dinanti-nantikan, bagaikan dapat makan Ding Dang atau Tora atau Mamee.

Anda mungkin fikir buku-buku sekarang sudah mati kerana kini ialah zaman Internet, tetapi nampaknya tidak... atau sekurang-kurangnya belum lagi masa untuk buku-buku menjadi pupus. Perpustakaan awam kita masih menghantar perpustakaan bergerak ke sudut-sudut yang terpencil di negara ini dan kebelakangan ini, ini boleh dilihat di sekitar Lembah Klang:


Anda akan mengenalinya sebagai sebuah bas sekolah lama yang kini sudahpun digantikan dengan bas yang lebih selesa dan berhawa dingin. Tetapi bas sekolah ini berwarna putih dan bukan kuning, dan adanya perkataan "TAK" di antara "BAS" dan "SEKOLAH ". Bas Tidak Sekolah? Jelasnya kenderaan ini tidak digunakan untuk membawa anak-anak ke atau dari sekolah.


Bas sekolah dari zaman lapan puluhan ini sebenarnya adalah sebuah kedai buku bergerak. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat penerbitan tempatan, Thukul Chetak, dan merupakan gimik pemasaran untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Kedai buku bergerak ini menjual buku yang diterbitkan oleh Thukul Chetak mengenai pelbagai topik, dan kebanyakannya dalam Bahasa Melayu.


Salah seorang pengasas syarikat penerbitan tersebut memberitahu Careta.my bahawa mereka membelanjakan kira-kira 40,000 ringgit untuk membeli dan memodifikasikan bas ini. Apabila mereka membeli bas tersebut, enjinnya masih berada dalam keadaan tiptop dan mereka tidak perlu berbelanja banyak untuk memperbaikinya, Zulhilmi Daud memberitahu Careta.my. Mereka hanya menambah rak di dalam dan melekatkan pelekat "Bas Tak Sekolah" di luar.

Bagi mereka yang berfikir bahawa memandu bas adalah mudah, sebenarkan bukan semudah yang difikirkan. Apabila Zulhilmi dan rakan usahawannya mula-mula mendapatkan kenderaan itu, mereka sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk memandu bas dan terlupa bagaimana untuk memulakan enjin. Mereka panik dan cuba menghubungi bekas pemilik, tetapi dia berada di luar negara pada masa itu. Mereka terpaksa menunggu dia kembali untuk mengetahui cara memulakan enjin.

Akhirnya, selepas berjaya belajar membawa kenderaan tersebut, mereka telah ke Publika dan mendapat sambutan yang hangat sehingga Zulhilmi teringat basnya akan runtuh. Orang ramai terpaksa beratur untuk memasuki ruang bas yang agak sempit.


Rakyat Malaysia macam suka membeli barang-barang daripada kenderaan, seperti trend trak makanan yang telah melanda Lembah Klang sekarang. Tetapi, kita memang lama suka mendapat barangan dan perkhidmatan daripada kendaraan beroda –  seperti penjual roti, penjual putumayam, lori tilam, lori surat khabar lama, dan lain-lain.

Sekiranya anda ingin mengejar kedai buku beroda ini, bolehlah tinjau akaun Twitter atau Facebook mereka untuk mengetahui di mana Bas Tak Sekolah akan menuju.

 Kata-kata yang berani sekali.


sumber imej: careta.my


Related

news 8939499965191290823

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item