Memperkenalkan Kereta Warna yang Pertama Di Dunia

Menempuh perjalanan dengan anak-anak kecil boleh meyebabkan ibu bapa yang paling sabar sekali hampir ke pinggir kegilaan. Jangan menyangka...

Menempuh perjalanan dengan anak-anak kecil boleh meyebabkan ibu bapa yang paling sabar sekali hampir ke pinggir kegilaan. Jangan menyangka bahawa anak-anak boleh berdiam jika diberikan gajet elektronik kerana ia tidak akan tahan lama dan mungkin menyebabkan mereka ingin muntah; semburan muntah akan menyebabkan anda sesal keputusan untuk beranak, jikalau pertanyaan “sudah sampai ke belum?” yang berterusan belum lagi buat begitu.


Disebabkan inilah, syarikat sewa kereta, Hertz, telah memperkenalkan cara yang sempurna untuk membuat anak-anak leka ketika di dalam kereta agar anda boleh menumpukan perhatian di jalan raya. Hasilnya ialah sebuah kereta dengan pintu, kerusi dan bumbung yang dihiaskan sepenuhnya dengan cetakan yang diambil daripada buku pewarna yang popular—yang memaparkan rumah, pesawat, haiwan, bunga dan kereta—macamlah satu sistem hiburan kanak-kanak yang besar.


Buat masa ini, ia hanyalah satu prototaip dan tiada keputusan untuk melancarkannya lagi. Jika anda melihat video ini, anda akan sedar bahawa kanak-kanak yang berlakon ini tidak memakai tali pinggang keledar dan kereta yang digunakan tidak bergerak. Ia kemungkinan besar hanya gimik pemasaran dan tidak akan menjadi realiti, tetapi apa salahnya kalau kita suka idea ini.



Related

news 3253619755272347811

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item