Anda Ingin Ketahui Rahsia Kami?

X-1R menjimatkan duit anda. Di seluruh dunia, terutamanya di bandar-bandar besar, kita sememangnya banyak menghabiskan pendapatan ki...


X-1R menjimatkan duit anda.

Di seluruh dunia, terutamanya di bandar-bandar besar, kita sememangnya banyak menghabiskan pendapatan kita untuk membeli petrol. Di Amerika Syarikat sahaja, pemandu-pemandu membelanjakan lebih daripada 25% pendapatan harian mereka untuk mengisi tangki kenderaan sebanyak 60-liter. Pemandu-pemandu di UK pula membelanjakan lebih kurang 85% daripada gaji harian mereka. Sebelum pembaca-pembaca “Brits” mengeluh, di China - dimana diramalkan bahawa mereka akan menjadi pengguna minyak terbesar di dunia pada masa akan datang - mereka membelanjakan sebanyak 260% daripada gaji harian semata-mata untuk mengisi minyak kenderaan. (Merujuk data daripada Bloomberg.)

Kita berasa semakin miskin dengan setiap kenaikan harga petrol dan ini telah membuatkan kita berfikir: “bagaimana kami boleh menjimatkan duit untuk menampung perbelanjaan minyak kami?”. Di pasaran sekarang, terlalu ramai yang menawarkan pelbagai jenis produk yang mendakwa tanpa berasas bahawa ia boleh membantu menjimatkan bahan api. Ini telah menyebabkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) memberi amaran tentang jenama yang belum diuji.

Tidak semua mempunyai kepakaran dan peralatan untuk menguji bahan tambahan bahan api, jadi, kami sangat gembira untuk mencari produk yang telah diuji secara saintifik oleh makmal bebas, dan keputusannya membuktikan tuntutan pengeluar. Intertek merupakan kemudahan ujian (ditubuhkan 130 tahun dahulu!) yang membantu menentukan jenama-jenama yang boleh dipercayai.

Makmal Intertek telah menjalankan ujian ke atas X-1R Octane Booster. Seperti namanya, produk ini yang mengandungi campuran MMT, Power-X dan nitromethane mendakwa boleh meningkatkan penarafan oktana bahan api apabila ditambah ke dalam tangki.



Intertek telah menambah produk X-1R kepada sampel bahan api RON94.9 dan menentukan kadar oktana baru. Kesimpulannya?

Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar oktana memang meningkatkan ... sebanyak 3.5! Itu merupakan peningkatan yang luar biasa dan boleh menjimatkan duit kerana perbezaan harga antara bahan api kualiti biasa dan premium, yang biasanya hanya beberapa RON lebih, adalah ketara. Menggunakan bahan api yang lebih berkualiti juga akan membolehkan enjin untuk mencapai prestasi optimum, mengurangkan penggunaan bahan api dan mendapati lebih banyak manfaat dengan jumlah petrol yang sama.

Bacalah laporan X-1R di sini.

image: afroautos.com


Related

x-1r 3398026861307186261

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item