9 tip untuk Jimat Petrol

Setiap kunjungan ke stesen petrol akan meringankan dompet anda. Sebab itulah anda perlu mengingati 9 tip ini yang akan membantu menjimatka...


Setiap kunjungan ke stesen petrol akan meringankan dompet anda. Sebab itulah anda perlu mengingati 9 tip ini yang akan membantu menjimatkan petrol:

1. Kurangkan perjalanan

Semasa lima batu yang pertama, enjin yang sejuk akan menggunakan lebih bahan api. Gabungkan semua urusan harian anda di dalam satu perjalanan untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Cuba tidak memandu untuk urusan remeh, seperti membeli surat khabar

2. Elakkan waktu sesak


Setiap kali anda ‘stop & start’ kereta anda, ia memerlukan suntikan bahan api untuk bergerak semula. Elak membawa kereta semasa waktu sesak untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Jika anda tiada pilihan dan terpaksa memandu pada waktu puncak trafik, anda boleh memilih kereta hibrid yang lebih efisien dipandu di dalam bandar.

3. Tutup tingkap

Bentuk kereta adalah aerodinamik untuk memastikan kelajuan optimum. Tingkap kenderaan yang terbuka apabila bergerak laju akan meningkatkan seretan dan kereta anda akan membakar bahan api yang lebih untuk berjalan pada kelajuan yang sama.


Kenderaan yang tidak aerodinamik.

4. Tanggalkan rak bumbung atau kotak ski

Sama seperti di atas, kereta yang bentuknya diubah akan mengalami seretan. Jadi, tanggalkan rak bumbung atau kotak ski dari kereta anda jika ia tidak digunakan.

5. Buang berat yang tidak diperlukan

Pemandu selalu meninggalkan barang-barang di dalam kereta atau di dalam boot kereta. Sama seperti badan anda, kereta memerlukan lebih banyak bahan api untuk bergerak jika ia terpaksa menampung berat yang berlebihan. Lagi berat yang ditampung, lebih banyak bahan api akan digunakan.

6.  Jalan dengan lancar

Kereta anda dibina untuk berjalan pada kelajuan yang konsisten. ‘Stop & start’ yang berterusan apabila memandu di dalam bandar akan memudaratkan enjin kereta anda. Pastikan kelajuan anda konsisten dan cuba elakkan daripada "menekan and melepas" brek untuk mendapatkan lebih banyak ‘mileage’.

7. Tutup penghawa dingin

Walaupun penghawa dingin sentiasa diperlukan di Malaysia, ia memerlukan bahan api untuk berfungsi. Jika boleh, elakkan daripada mengguna penghawa dingin apabila cuaca tidak panas.

8. Periksa tekanan tayar

Lebih rendah tekanan tayar, lebih banyak bahan api digunakan untuk menggerakkan kereta. Kami mencadangkan agar anda memeriksa tayar anda dua minggu sekali. Jika anda tidak pasti apa tekanan yang betul, biasanya ada panduan yang dilekatkan di bingkai pintu pemandu atau dalam manual pemilik kereta.

9. Pastikan enjin yang sihat

Penyelenggaraan enjin boleh menyebabkan kita berbelanja lebih tetapi kerosakan enjin boleh menyebabkan kita berbelanja lebih besar. Penaja kami, X-1R, menawar "performance enhancing lubricants" iaitu cara yang murah untuk mengekalkan enjin yang sihat. Ia memastikan enjin anda berjalan licin untuk menghapuskan geseran dan haba yang boleh merosakkan enjin anda.


Related

x-1r 3142562840445499921

Post a Comment

emo-but-icon

Subscribe

sponsored by

Hot in week

Connect With Us

item